Friday 14 December 2012

Bagaimana Mengurus Perubahan Mengikut Kurt Lewin 1952

Mungkin hari ini seorang pemimpin baru berhadapan dengan satu situasi yang kurang kondusif di sekolah. Lebih-lebih lagi jika 'boss' baru ini masih NOVIS dan kurang berpengalaman dalam bertindak untuk menangani pelbagai situasi dan isu.  

Pengurusan perubahan seperti yang dicadangkan oleh ramai sarjana memfokuskan kepada penambahbaikan amalan dan iklim sesebuah organisasi. Salah satunya ialah Kurt Lewin. Beliau telah mencadangkan 3 langkah pengurusan perubahan yang boleh dipraktikkan melalui kaedah Unfreezing, Changing And Freezing
 

Thursday 22 November 2012

Inovasi Sistem Maklumat Dalam Bidang Pendidikan

 

PENDAHULUAN

Perkembangan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di seluruh dunia telah memberikan kesan langsung kepada Malaysia. Pihak kerajaan telah mengambil langkah positif dengan menjadikan ICT sebagai prasarana penting dalam sistem pentadbiran negara. Di antara sektor yang mendapat manafaat dari projek ICT ialah sektor pelajaran yang melibatkan seluruh organisasi KPM sehingga ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia yang terdiri daripada 9996 buah.

Pelajar Tidak Sarapan Boleh Menjejaskan Pembelajaran


Gambar Pelajar Bersarapan...(Rujukan : Utusan Malaysia, 12/11/12)

 
Saya tertarik kepada satu artikel yang ditulis dalam Arkib Pendidikan Utusan Malaysia pada 12/11/2012. Kita melihat satu kebiasaan yang tidak disedari membawa kesan negatif kepada para pelajar khususnya mereka yang bersekolah sidang pagi iaitu tidak mengambil sarapan sebelum pergi ke sekolah.

Akhbar ini menyatakan akibat tiada pengambilan diet makanan seimbang pada waktu pagi, murid sekolah terdedah kepada masalah kekurangan nutrien yang penting dalam badan sekali gus menjejaskan tumpuan serta pembelajaran mereka di sekolah. Malah lebih buruk lagi, kekurangan nutrisi dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang dipanggil kebuluran tersembunyi atau hidden hunger. Kebuluran tersembunyi merupakan masalah kekurangan nutrisi atau zat yang tidak dapat dilihat seperti kekurangan vitamin D dan kalsium yang diperlukan tubuh manusia.

Tuesday 20 November 2012

Pembangunan Sistem Maklumat Bidang Pendidikan


Pembangunan Sistem Maklumat Untuk Bidang Pendidikan Mengalami Pelbagai Masalah dan Cabaran. Bincangkan.

 (Oleh : Kolaborasi Ilmu)

1.0              Pendahuluan

Aplikasi sistem data sudah tidak asing lagi dalam pentadbiran dan pengurusan organisasi termasuk institusi pendidikan. Ini selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak menekankan aspek kualiti penyampaian bagi mengangkat martabat negara ke tahap kelas dunia dalam segala aspek terutamanya pentadbiran awam. Beberapa inisiatif dilaksanakan untuk mencapai tujuan tersebut yang diterjemahkan ke dalam gagasan kerajaan elektronik. Inti pati kepada kerajaan elektronik ialah penyampaian dan perkongsian data secara elektronik supaya keputusan dapat diambil dengan tepat dan pantas.

Monday 19 November 2012

Untuk Guru-Guru Ku ... For My Teachers



For My Teachers... Untuk Guru-Guru Ku..

Semoga guru-guruku dilimpahkan rahmat oleh Allah SWT. Allah mengutuskan guru-guru untuk mendidik dan membimbing diriku sehingga berjaya. Sejak di bangku sekolah rendah, menengah, kolej dan university.. masih teringat nama-nama mereka yang pernah berjasa kepada ku... antaranya aku sebutkan di sini: (SK Kundasang) Cikgu Majimin Samudin, Cikgu Helen, Cikgu Sain Gahali, Cikgu Saili Masri, Cikgu Maradan,Cikgu Jasli Hj Suratman, Cikgu Sallin Zakaria, Cikga Zakin Zakaria, Cikgu Buhaseh Sakunir, Cikgu Jainuddin Nasir, Cikgu Jaafar (Allahyarham), Cikgu Abd Hamid, Ust Mohd Yaakob, (SMK Mat Salleh) Cikg Mahadi Taip, Ust Romzi, Ust Ramadzan, Cikgu Ismail Abdullah, Ust Mohamad Abdullah, Cikgu Ishak, Cikgu Jamaludin Ali, Cikgu Rujinah Miki, Cikgu Mistrine Radin, Ust Yakub Yusuf, Ust Rahimee, Cikgu Normahani Abdullah, Cikgu Noorita Dani, Cikgu Noraini, Cikgu Norainah Dani, Cikgu Rasmin Saidin, Cikgu Nasir, Cikgu Rosmah Amin, , Cikgu Thangavelu, Ust Abd Rahman Hj Halim, Cikgu Mohd. Zaki, Cikgu Abd Rahman Ali, Cikgu Abdullah Sani, Cikgu Saumin Hj Daud,  Cikgu Andau Sanan, Cikgu Mahanin Othman, Cikgu Hj Moin Ahmad, Cikgu Suhilin Hadi, Cikgu Hj Mohd Tawil Sakir, Ustzh Rusmada Abd. Rahim, Cikgu Lamri Dikun, Cikgu Idris Mat Piah, Cikgu Kenneth Tan, Cikgu Sharif Intang, Cikgu Khair, Mr. Tan Ah Poh. (Maktab Perguruan Ipoh Perak) Mr. Ramakrishnan, Tuan Tajuddin, Tuan Mohd Alwi, Mr T.K Peter, Ms Siah, Mr. Lim, Tuan Saiful, (UMS) Prof Madya Dr Baharom, Prof. Dr Zulkiflee, Prof. Madya Dr. Md yusof, Prof. Madya Dr Cristina, Dr. Khairuddin, Dr. Shukri, Dr. Khalid, Dr. Mohd Suhaimi, Ms Crispina, Mdm Rosaizah, Dr Aru, Mr Safarullah, Mr Jamsari, Ms Margerat, Mdm Jane, Ms Adeline, Dr. Zaki, Dr. C.K.Tan, Dr. Rosy, Mdm Sabariah, Mdm Aziah,... dan ramai lagi yang tidak tersebut di sini. Aku cuba mengingati semua insan yang pernah mendidik ku...

Sesungguhnya mereka itu orang yang berjasa kepada ku. Semoga diberikan taufik dan hidayah serta dirahmati Allah SWT selalu. Diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan murah rezeki. Guru-guruku yang telah pergi ke rahmatullah, semoga dicucuri rahmat ke atas roh mereka. Amin..

Kepimpinan Guru Besar Di Sekolah


Guru-Guru Besar Ranau 2009 - Hiasan
(Oleh : Kolaborasi Ilmu)

1.0.      PENGENALAN

 Pendidikan merupakan nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun sesuatu bangsa. Maju mundurnya sesebuah negara berkaitrapat dengan sistem pendidikan yang diterima oleh rakyatnya. Di negara kita, banyak perubahan dan pendekatan baru telah diterapkan dalam sistem pendidikan selaras dengan aspirasi negara ke arah negara maju. Bermula dengan kewujudan secara bertulis Falsafah Pendidikan Negara (FPN),  ia diikuti pula dengan wawasan 2020 yang akan mencitrakan masyarakat Malaysia yang maju pada tahun 2020. Kemudian tampil pula agenda pengisian yang mengemukakan cabaran-cabaran kepada para guru, Sekolah Bestari dan Koridor Raya Multimedia.
 
      

Pendidikan Berkualiti Penjana Modal Insan


Pandangan Ybhg. Profesor Dr Ismail Jusoh mengenai isu kualiti pendidikan di negara ini dan kaitannya dengan produk (modal insan) yang berkualiti.

Apa definisi pendidikan?

Pendidikan bukanlah semata-mata memenuhi otak anak didik dengan segala macam ilmu, konsep atau fakta yang belum mereka ketahui, tetapi maksudnya ialah mendidik akhlak dan jiwa mereka, menanamkan rasa kebaikan virtues (kehidupan), membiasakan mereka dengan kesopanan yang tinggi, mempersiapkan mereka untuk suatu kehidupan yang suci seluruhnya, ikhlas dan jujur. Seterusnya, pendidikan yang hakiki dapat memberi panduan kepada setiap anak didik menjawab persoalan dari mana kita datang? Apa tujuan kita didatangkan ke dunia ini? Ke mana kita akan pergi selepas di dunia ini?

Lawatan Ke SK Sri Gaya Kota Kinabalu


Lawatan Ke Sekolah Kluster SK Sri Gaya bertujuan untuk mendekati dan mengetahui pelan strategik yang dipraktikkan di sekolah ini sehingga berjaya menjadi sekolah kluster.


Kita ikuti laporan video daripada kumpulan yang memantau prestasi keceriaan sekolah. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Pengajaran & Pembelajaran Berkesan


(Sebuah Sekolah Terpencil Di Ranau) 
APAKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN 
(Oleh : Kolaborasi Ilmu)

1.1 Pendahuluan 

Dari segi bahasa, menurut kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) Perkataan Pengajaran dan Pembelajaran adalah berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar yang bermaksud petunjuk yang diberikan kepada orang lain. Pengajaran bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan ( seperti caranya, sistemnya dan lain-lain).


Sunday 18 November 2012

Islam Di China


Wilayah berwarna merah terang pernah menjadi wilayah Islam.
 
I S L A M   D I   C H I N A
(Hasil Kajian, Pembacaan dan  Penulisan Penulis Semasa Menelusuri Tamadun Islam Asia. Dalam artikel ini, gambar asal tidak disertakan. Jika pembaca berminat untuk mendapatkan artikel penuh, sila RSS)

A.           Latar Belakang Negeri China

China atau Tionghua atau Republik Rakyat China (Cina Tradisional: 中國; Cina Ringkas: 中国; pinyin: Zhōngguó; Wade-Giles: Chung-kuo) merujuk kepada beberapa negeri, negara dan budaya yang telah wujud selama kira-kira 3,500 tahun dahulu di Asia Timur. China yang wujud pada hari ini dikenalpasti wujud sebagai suatu tamadun. China ialah sebuah negara yang paling ramai penduduknya di dunia dengan diduduki lebih 1300 juta orang (Bancian terkini oleh China National Bureau Of Statistic dan dilaporkan oleh United Press International di http://www.upi.com.my ialah 1.341 Juta), iaitu kira-kira satu perlima daripada manusia di bumi. China diperintah oleh Parti Komunis China di bawah sistem satu parti.[1]


8 Tips Untuk Meningkatkan Motivasi


 
Saya telah membaca beberapa artikel seperti Azizie.com, Motivation menurut Wikipedia, Dr. Smith William dn beberapa sarjana lain. Terdapat banyak pendapat mereka tentang cara-cara meningkatkan motivasi. Saya tulis di sini analisis yang mudah untuk panduan bersama.

Bagaimana meningkatkan motivasi diri?
 
1. Tahu arah tujuan kerja yang dilaksanakan mengikut kepercayaan dan keyakinan kita pada masa hadapan. Melakukan kerja atau tugas kerana faktor instrinsik dan ekstrinsik. Contoh beribadah kerana Allah dengan ikhlas kerana mengharapkan keredhaanNya dan sedar itu adalah tanggungjawab sebagai hamba. Kita yakin bahawa apa yang kita lakukan akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat nanti

Motivasi Tolak dan Tarik

Apakah yang dimaksudkan dengan Motivasi Tolak dan Tarik? 
Sebenarnya ia juga merupakan sebahagian daripada motivasi instrinsik dan ekstrinsik tetapi lebih sesuai digunakan dalam konteks situasi menang-menang (win-win situation). Model ini biasanya digunakan dalam konteks pelancongan,
  • Faktor tarikan menggambarkan pilihan destinasi pelancong, mendorong pelancong untuk melawat lokasi tertentu kerana keindahan landskap, budaya, imej atau iklim destinasi.

  • Faktor menolak menentukan keinginan seseorang untuk pergi bercuti, perlukan masa untuk bersantai atau menjauhkan diri dari kesibukan kota, tekanan kerja dan faktor tarikan seterusnya

Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik

 Selalu kita dengar dua jenis motivasi ini. Intrinsik dan ekstrinsik. Apakah maksudnya? Saya cuba jelaskan satu persatu..
 
Motivasi intrinsik

Motivasi intrinsik merujuk kepada motivasi yang didorong oleh kepentingan atau keseronokan dalam tugas sendiri, dan wujud dalam individu dan bukannya bergantung pada sebarang tekanan luar.

Saturday 17 November 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1434H

hijrah 1434H"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH" - adalah tema sambutan Maal Hijrah Tahun 1434 H / 2012_2013M. Perasmian sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada hari kelmarin. Seramai lebih kurang 4500 peserta dari 143 kontinjen telah menyertai majlis ini yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


“PENDEKATAN WASATIYYAH adalah berlandaskan ajaran sebenar Islam dalam setiap perkara yang dilakukan dan berjaya membawa kesan positif kepada negara. Gerakan Kesederhanaan Sejagat akan menyelamatkan kita daripada tenggelam kepada kehancuran, terus berputus asa dan kehinaan. Sudah tiba masanya bagi kita mengamalkan kepemimpinan yang membawa harapan dan mengembalikan maruah serta martabat untuk semua. Kita mesti kembali

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Alhamdulillah, saya baru sahaja menyiapkan slaid Bab 1 PPPM 2013-2025 yang akan dibentangkan pada minggu hadapan dalam kuliah Isu-isu Khas Pendidikan Di Malaysia. Walaupun tidak begitu mendalam, saya telah mencuba untuk memahami PPPM Bab 1 ini.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia pada 11 September 2012 bersamaan dengan hari pertama UPSR tahun 2012. Sehubungan dengan itu satu dokumen telah dikeluarkan sebagai garis panduan yang perlu dirujuk oleh semua pihak yang terlibat.