Apabila menjejakkan kaki ke bumi orang lain, terasa diri ini sangat ketinggalan kerana tidak tahu perkembangan yang berlaku di sana-sini. Betullah kata orang, Jauh Perjalanan Luas Pemandangan, Bertambah Pengetahuan. Barangkali itulah sebabnya Rasulullah SAW pernah mengatakan kepada sahabat-sahabat Baginda, "Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke Negeri Cina". Tentu sekali jarak Tanah Arab dengan Negara Cina sangat jauh dan perjalanannya sangat panjang.
Dalam perjalanan untuk membina silaturrahim, saya berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sebuah perkampungan terpencil di antara Daerah Ranau dengan Kota Marudu. Masyarakat yang didominasi oleh bangsa Dusun Sungai di tempat ini sangat mesra dan melayan tetamu dengan baik sekali.
Selama 2 hari berada di sini, saya sempat melihat dan mengikuti sebahagian daripada aktiviti hari itu iaitu Kursus Keluarga Bahagia yang sertai oleh ibu bapa serta anak-anak mereka secara berasingan. Lebih mengejutkan lagi ialah kaedah kursus yang dijalankan oleh Sizwazah Muda ABIM, mempertemukan anak-anak dengan ibubapa mereka pada akhir kursus dengan linangan air mata selepas menjalani "kuarantin dan rawatan" justeru menyedari peranan besar serta tanggungjawab mereka masing-masing sebagai ibu, bapa dan anak-anak. Perjalanan ini sangat bermakna dan memberikan seribu kenangan serta pedoman untuk menjadi seorang insan yang lebih memahami orang lain.
Mungkin hari ini
seorang pemimpin baru berhadapan dengan satu situasi yang kurang kondusif di
sekolah. Lebih-lebih lagi jika 'boss' baru ini masih NOVIS dan kurang berpengalaman
dalam bertindak untuk menangani pelbagai situasi dan isu.
Pengurusan
perubahan seperti yang dicadangkan oleh ramai sarjana memfokuskan kepada
penambahbaikan amalan dan iklim sesebuah organisasi. Salah satunya ialah Kurt
Lewin. Beliau telah mencadangkan 3 langkah pengurusan perubahan yang boleh
dipraktikkan melalui kaedah Unfreezing, Changing And Freezing
Perkembangan bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) di seluruh dunia telah memberikan kesan langsung
kepada Malaysia. Pihak kerajaan telah mengambil langkah positif dengan
menjadikan ICT sebagai prasarana penting dalam sistem pentadbiran negara. Di
antara sektor yang mendapat manafaat dari projek ICT ialah sektor pelajaran
yang melibatkan seluruh organisasi KPM sehingga ke sekolah-sekolah seluruh
Malaysia yang terdiri daripada 9996 buah.
Gambar Pelajar Bersarapan...(Rujukan : Utusan Malaysia, 12/11/12)
Saya tertarik kepada satu artikel yang ditulis dalam Arkib Pendidikan Utusan Malaysia pada 12/11/2012. Kita melihat satu kebiasaan yang tidak disedari
membawa kesan negatif kepada para pelajar khususnya mereka yang bersekolah
sidang pagi iaitu tidak mengambil sarapan sebelum pergi ke sekolah.
Akhbar ini menyatakan akibat
tiada pengambilan diet makanan seimbang pada waktu pagi, murid sekolah terdedah
kepada masalah kekurangan nutrien yang penting dalam badan sekali gus
menjejaskan tumpuan serta pembelajaran mereka di sekolah. Malah lebih buruk
lagi, kekurangan nutrisi dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang
dipanggil kebuluran tersembunyi atau hidden hunger. Kebuluran
tersembunyi merupakan masalah kekurangan nutrisi atau zat yang tidak dapat
dilihat seperti kekurangan vitamin D dan kalsium yang diperlukan tubuh manusia.
Pembangunan
Sistem Maklumat Untuk Bidang Pendidikan Mengalami Pelbagai Masalah dan Cabaran.
Bincangkan.
(Oleh : Kolaborasi Ilmu)
1.0Pendahuluan
Aplikasi sistem data sudah tidak asing lagi dalam
pentadbiran dan pengurusan organisasi termasuk institusi pendidikan. Ini
selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk meningkatkan kualiti penyampaian
perkhidmatan awam. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri YAB
Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak menekankan aspek kualiti penyampaian bagi
mengangkat martabat negara ke tahap kelas dunia dalam segala aspek terutamanya
pentadbiran awam. Beberapa inisiatif dilaksanakan untuk mencapai tujuan
tersebut yang diterjemahkan ke dalam gagasan kerajaan elektronik. Inti pati
kepada kerajaan elektronik ialah penyampaian dan perkongsian data secara
elektronik supaya keputusan dapat diambil dengan tepat dan pantas.
Semoga guru-guruku dilimpahkan rahmat oleh Allah SWT. Allah mengutuskan guru-guru untuk mendidik dan membimbing diriku sehingga berjaya. Sejak di bangku sekolah rendah, menengah, kolej dan university.. masih teringat nama-nama mereka yang pernah berjasa kepada ku... antaranya aku sebutkan di sini: (SK Kundasang) Cikgu Majimin Samudin, Cikgu Helen, Cikgu Sain Gahali, Cikgu Saili Masri, Cikgu Maradan,Cikgu Jasli Hj Suratman, Cikgu Sallin Zakaria, Cikga Zakin Zakaria, Cikgu Buhaseh Sakunir, Cikgu Jainuddin Nasir, Cikgu Jaafar (Allahyarham), Cikgu Abd Hamid, Ust Mohd Yaakob, (SMK Mat Salleh) Cikg Mahadi Taip, Ust Romzi, Ust Ramadzan, Cikgu Ismail Abdullah, Ust Mohamad Abdullah, Cikgu Ishak, Cikgu Jamaludin Ali, Cikgu Rujinah Miki, Cikgu Mistrine Radin, Ust Yakub Yusuf, Ust Rahimee, Cikgu Normahani Abdullah, Cikgu Noorita Dani, Cikgu Noraini, Cikgu Norainah Dani, Cikgu Rasmin Saidin, Cikgu Nasir, Cikgu Rosmah Amin, , Cikgu Thangavelu, Ust Abd Rahman Hj Halim, Cikgu Mohd. Zaki, Cikgu Abd Rahman Ali, Cikgu Abdullah Sani, Cikgu Saumin Hj Daud, Cikgu Andau Sanan, Cikgu Mahanin Othman, Cikgu Hj Moin Ahmad, Cikgu Suhilin Hadi, Cikgu Hj Mohd Tawil Sakir, Ustzh Rusmada Abd. Rahim, Cikgu Lamri Dikun, Cikgu Idris Mat Piah, Cikgu Kenneth Tan, Cikgu Sharif Intang, Cikgu Khair, Mr. Tan Ah Poh. (Maktab Perguruan Ipoh Perak) Mr. Ramakrishnan, Tuan Tajuddin, Tuan Mohd Alwi, Mr T.K Peter, Ms Siah, Mr. Lim, Tuan Saiful, (UMS) Prof Madya Dr Baharom, Prof. Dr Zulkiflee, Prof. Madya Dr. Md yusof, Prof. Madya Dr Cristina, Dr. Khairuddin, Dr. Shukri, Dr. Khalid, Dr. Mohd Suhaimi, Ms Crispina, Mdm Rosaizah, Dr Aru, Mr Safarullah, Mr Jamsari, Ms Margerat, Mdm Jane, Ms Adeline, Dr. Zaki, Dr. C.K.Tan, Dr. Rosy, Mdm Sabariah, Mdm Aziah,... dan ramai lagi yang tidak tersebut di sini. Aku cuba mengingati semua insan yang pernah mendidik ku...
Sesungguhnya mereka itu orang yang berjasa kepada ku. Semoga diberikan taufik dan hidayah serta dirahmati Allah SWT selalu. Diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan murah rezeki. Guru-guruku yang telah pergi ke rahmatullah, semoga dicucuri rahmat ke atas roh mereka. Amin..
Sekali lagi ku katakan aku menulis bukan kerana nama. Kerana sifat kasih..pada pena dan kalam. aku ingin menulis dan terus menulis hingga pena ku rosak atau jari jemari ku telah terhenti...
HARDDISK EXTERNAL NOT DETECTED
-
Pernah mengalami harddisk external anda tidak terdeteksi, lalu bagaimana
solusinya agar bisa mengetahui apakah HDD external tersebut benar-benar
sudah rusa...
PEMIMPIN BUKAN SEKADAR MEMBACA
-
Minda Bicara JPN Sabah semalam megupas topik Pemimpin Bukan Sekadar Membaca
bersama VC UMS YBhg Prof Madya Ts Dr. Ramzah Dambul, Tajuk ini pada saya
sangat...
Tajuk 1824 - Kisah saya di BLOG MENDELEY
-
Saya dan Mendeley tak dapat dipisahkan sejak mengunakan versi beta pada
2009 dan menjadi orang pertama memperkenalkannya dalam dunia PG keseluruh
negara. M...