Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saya bukanlah seorang yang pakar untuk membincangkan topik motivasi ini tetapi minat kerana pengalaman sendiri. Saya melihat hari ini ramai golongan pakar yang terpanggil untuk membicarakan soal motivasi. Ini terbukti dengan adanya siaran-siaran khas melalui TV dan Radio. Begitu juga melalui akhbar, internet dan ceramah yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.
Ini membuktikan bahawa motivasi merupakan perkara penting dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia. Sudah tentu tahap motivasi kita sentiasa berubah naik dan turun serta pasang dan surut. Ia lebih kurang seperti satu penyakit yang perlu diubati tetapi bukan melalui hospital atau klinik biasa yang dikunjungi oleh pesakit yang sakit kepala, demam dan sebagainya.
Benar kata orang, pengalaman peribadi merupakan pengajaran yang utama. Itupun kalau kita mengambil iktibar daripadanya. Motivasi diri bergerak seiring dengan proses kesedaran seseorang kerana tahu baik-buruk sesuatu yang kita lakukan. Contohnya apabila kita malas, memang tak siap kerja. Masalah akan timbul apabila kerja semakin banyak kerana terkumpul dari semasa ke semasa. Oleh itu, mahu tidak mahu kita terpaksa melakukan kerja tepat pada masanya. Kalau tidak kita sendiri yang rugi.
Kalau kita soroti maksud motivasi itu sendiri pun ia berkaitan dengan ciri-ciri psikologi yang dimiliki oleh semua benda hidup ke arah melaksanakan satu tindakan untuk mencapai satu matlamat.
Saya bagi satu contoh lagi. Seorang individu tidak makan, dia berasa lapar, dan sebagai tindak balasnya ialah dia makan kerana rasa lapar. Terdapat banyak pendekatan motivasi seperti secara fisiologi, tingkah laku, kognitif, dan sosial.
Motivasi boleh berakar umbi dalam keperluan asas untuk mengurangkan kesakitan fizikal dan memaksimumkan keseronokan, atau ia mungkin termasuk keperluan khusus seperti makan dan berehat, atau apa-apa yang diingini. Konsepnya, motivasi adalah berkaitan dengan apa yang kita mahu tetapi berbeza dari segi emosi.
Dalam blog ini saya akan cuba kongsikan dan berbicara tentang motivasi kerana ini akan menjadi panduan kepada diri saya sendiri pada masa akan datang. Apa yang saya catatkan dalam blog ini merupakan rentetan pengalaman yang saya bina semasa menjalani kehidupan di kampus atau di rumah atau pun di pejabat.
Saya mendengar dari Dr. Khairuddin Abdullah dan Prof. Dr. Zulkifli Mohamed tentang pengaruh motivasi intrinsik (dalaman) dan ekstrinsik (luaran). Saya hendak sebut kembali tentang 2 motivasi ini. Kedua-duanya saya pernah alami. Mungkin anda juga begitu?
Jadi apakah maksud kedua-dua motivasi ini? Kita ikuti sambungannya dalam kiriman. Sila lihat post dalam label motivasi... saya letak di sana supaya senang nak cari...
Terima kasih kerana sudi membaca...

0 comments:
Post a Comment