Tuesday 20 November 2012

Pembangunan Sistem Maklumat Bidang Pendidikan


Pembangunan Sistem Maklumat Untuk Bidang Pendidikan Mengalami Pelbagai Masalah dan Cabaran. Bincangkan.

 (Oleh : Kolaborasi Ilmu)

1.0              Pendahuluan

Aplikasi sistem data sudah tidak asing lagi dalam pentadbiran dan pengurusan organisasi termasuk institusi pendidikan. Ini selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak menekankan aspek kualiti penyampaian bagi mengangkat martabat negara ke tahap kelas dunia dalam segala aspek terutamanya pentadbiran awam. Beberapa inisiatif dilaksanakan untuk mencapai tujuan tersebut yang diterjemahkan ke dalam gagasan kerajaan elektronik. Inti pati kepada kerajaan elektronik ialah penyampaian dan perkongsian data secara elektronik supaya keputusan dapat diambil dengan tepat dan pantas.