Wednesday 6 February 2013

Kembara Silaturrahim Di Pedalaman Sabah

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Apabila menjejakkan kaki ke bumi orang lain, terasa diri ini sangat ketinggalan kerana tidak tahu perkembangan yang berlaku di sana-sini. Betullah kata orang, Jauh Perjalanan Luas Pemandangan, Bertambah Pengetahuan. Barangkali itulah sebabnya Rasulullah SAW pernah mengatakan kepada sahabat-sahabat Baginda, "Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke Negeri Cina". Tentu sekali jarak Tanah Arab dengan Negara Cina sangat jauh dan perjalanannya sangat panjang.
 
Dalam perjalanan untuk membina silaturrahim, saya berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sebuah perkampungan terpencil di antara Daerah Ranau dengan Kota Marudu. Masyarakat yang didominasi oleh bangsa Dusun Sungai di tempat ini sangat mesra dan melayan tetamu dengan baik sekali.
 
Selama 2 hari berada di sini, saya sempat melihat dan mengikuti sebahagian daripada aktiviti hari itu iaitu Kursus Keluarga Bahagia yang sertai oleh ibu bapa serta anak-anak mereka secara berasingan. Lebih mengejutkan lagi ialah kaedah kursus yang dijalankan oleh Sizwazah Muda ABIM, mempertemukan anak-anak dengan ibubapa mereka pada akhir kursus dengan linangan air mata selepas menjalani "kuarantin dan rawatan" justeru menyedari peranan besar serta tanggungjawab mereka masing-masing sebagai ibu, bapa dan anak-anak. Perjalanan ini sangat bermakna dan memberikan seribu kenangan serta pedoman untuk menjadi seorang insan yang lebih memahami orang lain.
 
 

Friday 14 December 2012

Bagaimana Mengurus Perubahan Mengikut Kurt Lewin 1952

Mungkin hari ini seorang pemimpin baru berhadapan dengan satu situasi yang kurang kondusif di sekolah. Lebih-lebih lagi jika 'boss' baru ini masih NOVIS dan kurang berpengalaman dalam bertindak untuk menangani pelbagai situasi dan isu.  

Pengurusan perubahan seperti yang dicadangkan oleh ramai sarjana memfokuskan kepada penambahbaikan amalan dan iklim sesebuah organisasi. Salah satunya ialah Kurt Lewin. Beliau telah mencadangkan 3 langkah pengurusan perubahan yang boleh dipraktikkan melalui kaedah Unfreezing, Changing And Freezing
 

Thursday 22 November 2012

Inovasi Sistem Maklumat Dalam Bidang Pendidikan

 

PENDAHULUAN

Perkembangan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di seluruh dunia telah memberikan kesan langsung kepada Malaysia. Pihak kerajaan telah mengambil langkah positif dengan menjadikan ICT sebagai prasarana penting dalam sistem pentadbiran negara. Di antara sektor yang mendapat manafaat dari projek ICT ialah sektor pelajaran yang melibatkan seluruh organisasi KPM sehingga ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia yang terdiri daripada 9996 buah.

Pelajar Tidak Sarapan Boleh Menjejaskan Pembelajaran


Gambar Pelajar Bersarapan...(Rujukan : Utusan Malaysia, 12/11/12)

 
Saya tertarik kepada satu artikel yang ditulis dalam Arkib Pendidikan Utusan Malaysia pada 12/11/2012. Kita melihat satu kebiasaan yang tidak disedari membawa kesan negatif kepada para pelajar khususnya mereka yang bersekolah sidang pagi iaitu tidak mengambil sarapan sebelum pergi ke sekolah.

Akhbar ini menyatakan akibat tiada pengambilan diet makanan seimbang pada waktu pagi, murid sekolah terdedah kepada masalah kekurangan nutrien yang penting dalam badan sekali gus menjejaskan tumpuan serta pembelajaran mereka di sekolah. Malah lebih buruk lagi, kekurangan nutrisi dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang dipanggil kebuluran tersembunyi atau hidden hunger. Kebuluran tersembunyi merupakan masalah kekurangan nutrisi atau zat yang tidak dapat dilihat seperti kekurangan vitamin D dan kalsium yang diperlukan tubuh manusia.

Tuesday 20 November 2012

Pembangunan Sistem Maklumat Bidang Pendidikan


Pembangunan Sistem Maklumat Untuk Bidang Pendidikan Mengalami Pelbagai Masalah dan Cabaran. Bincangkan.

 (Oleh : Kolaborasi Ilmu)

1.0              Pendahuluan

Aplikasi sistem data sudah tidak asing lagi dalam pentadbiran dan pengurusan organisasi termasuk institusi pendidikan. Ini selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak menekankan aspek kualiti penyampaian bagi mengangkat martabat negara ke tahap kelas dunia dalam segala aspek terutamanya pentadbiran awam. Beberapa inisiatif dilaksanakan untuk mencapai tujuan tersebut yang diterjemahkan ke dalam gagasan kerajaan elektronik. Inti pati kepada kerajaan elektronik ialah penyampaian dan perkongsian data secara elektronik supaya keputusan dapat diambil dengan tepat dan pantas.

Monday 19 November 2012

Untuk Guru-Guru Ku ... For My Teachers



For My Teachers... Untuk Guru-Guru Ku..

Semoga guru-guruku dilimpahkan rahmat oleh Allah SWT. Allah mengutuskan guru-guru untuk mendidik dan membimbing diriku sehingga berjaya. Sejak di bangku sekolah rendah, menengah, kolej dan university.. masih teringat nama-nama mereka yang pernah berjasa kepada ku... antaranya aku sebutkan di sini: (SK Kundasang) Cikgu Majimin Samudin, Cikgu Helen, Cikgu Sain Gahali, Cikgu Saili Masri, Cikgu Maradan,Cikgu Jasli Hj Suratman, Cikgu Sallin Zakaria, Cikga Zakin Zakaria, Cikgu Buhaseh Sakunir, Cikgu Jainuddin Nasir, Cikgu Jaafar (Allahyarham), Cikgu Abd Hamid, Ust Mohd Yaakob, (SMK Mat Salleh) Cikg Mahadi Taip, Ust Romzi, Ust Ramadzan, Cikgu Ismail Abdullah, Ust Mohamad Abdullah, Cikgu Ishak, Cikgu Jamaludin Ali, Cikgu Rujinah Miki, Cikgu Mistrine Radin, Ust Yakub Yusuf, Ust Rahimee, Cikgu Normahani Abdullah, Cikgu Noorita Dani, Cikgu Noraini, Cikgu Norainah Dani, Cikgu Rasmin Saidin, Cikgu Nasir, Cikgu Rosmah Amin, , Cikgu Thangavelu, Ust Abd Rahman Hj Halim, Cikgu Mohd. Zaki, Cikgu Abd Rahman Ali, Cikgu Abdullah Sani, Cikgu Saumin Hj Daud,  Cikgu Andau Sanan, Cikgu Mahanin Othman, Cikgu Hj Moin Ahmad, Cikgu Suhilin Hadi, Cikgu Hj Mohd Tawil Sakir, Ustzh Rusmada Abd. Rahim, Cikgu Lamri Dikun, Cikgu Idris Mat Piah, Cikgu Kenneth Tan, Cikgu Sharif Intang, Cikgu Khair, Mr. Tan Ah Poh. (Maktab Perguruan Ipoh Perak) Mr. Ramakrishnan, Tuan Tajuddin, Tuan Mohd Alwi, Mr T.K Peter, Ms Siah, Mr. Lim, Tuan Saiful, (UMS) Prof Madya Dr Baharom, Prof. Dr Zulkiflee, Prof. Madya Dr. Md yusof, Prof. Madya Dr Cristina, Dr. Khairuddin, Dr. Shukri, Dr. Khalid, Dr. Mohd Suhaimi, Ms Crispina, Mdm Rosaizah, Dr Aru, Mr Safarullah, Mr Jamsari, Ms Margerat, Mdm Jane, Ms Adeline, Dr. Zaki, Dr. C.K.Tan, Dr. Rosy, Mdm Sabariah, Mdm Aziah,... dan ramai lagi yang tidak tersebut di sini. Aku cuba mengingati semua insan yang pernah mendidik ku...

Sesungguhnya mereka itu orang yang berjasa kepada ku. Semoga diberikan taufik dan hidayah serta dirahmati Allah SWT selalu. Diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan murah rezeki. Guru-guruku yang telah pergi ke rahmatullah, semoga dicucuri rahmat ke atas roh mereka. Amin..