Mungkin hari ini
seorang pemimpin baru berhadapan dengan satu situasi yang kurang kondusif di
sekolah. Lebih-lebih lagi jika 'boss' baru ini masih NOVIS dan kurang berpengalaman
dalam bertindak untuk menangani pelbagai situasi dan isu.
1. Unfreezing - Amalan lama sememangnya sukar untuk diubah. Ia sudah menjadi satu budaya dan membentuk iklim organisasi. Wajah organisasi adalah wajah ahli dalam organisasi tersebut. Jika amalan ahli adalah baik dan positif, maka organisasi tersebut dilihat baik dan positif. Begitulah sebaliknya. Untuk mengubah amalan yang sudah sebati ini, Kurt Lewin mencadangkan proses pencairan semula dengan beberapa kaedah. Lazimnya di Negara kita, pengurusan perubahan dilakukan secara updown. Pihak atasan memberikan arahan-arahan kepada sub-ordinat. Konsep 'saya yang menurut perintah' dieksploitasi supaya pengurusan perubahan boleh dilaksana secara paksa rela. Selain daripada itu, punca-punca kuasa digunakan untuk melaksakan perubahan. Berbagai-bagai latihan diberi seperti inhouse training, conference, kursus, bengkel, ceramah dan tak kurang juga bina semangat dan teamwork building. Sebagai pemimpin di sekolah, Guru Besar / Pengetua wajar menggunakan cara yang paling berkesan untuk menjayakan proses unfreezing ini. Proses unfreezing memerlukan kesediaan ahli-ahli untuk berganjak dari takuk lama, amalan lampau yang kurang produktif dan takut untuk berubah.
Pengurusan
perubahan seperti yang dicadangkan oleh ramai sarjana memfokuskan kepada
penambahbaikan amalan dan iklim sesebuah organisasi. Salah satunya ialah Kurt
Lewin. Beliau telah mencadangkan 3 langkah pengurusan perubahan yang boleh
dipraktikkan melalui kaedah Unfreezing, Changing And Freezing
1. Unfreezing - Amalan lama sememangnya sukar untuk diubah. Ia sudah menjadi satu budaya dan membentuk iklim organisasi. Wajah organisasi adalah wajah ahli dalam organisasi tersebut. Jika amalan ahli adalah baik dan positif, maka organisasi tersebut dilihat baik dan positif. Begitulah sebaliknya. Untuk mengubah amalan yang sudah sebati ini, Kurt Lewin mencadangkan proses pencairan semula dengan beberapa kaedah. Lazimnya di Negara kita, pengurusan perubahan dilakukan secara updown. Pihak atasan memberikan arahan-arahan kepada sub-ordinat. Konsep 'saya yang menurut perintah' dieksploitasi supaya pengurusan perubahan boleh dilaksana secara paksa rela. Selain daripada itu, punca-punca kuasa digunakan untuk melaksakan perubahan. Berbagai-bagai latihan diberi seperti inhouse training, conference, kursus, bengkel, ceramah dan tak kurang juga bina semangat dan teamwork building. Sebagai pemimpin di sekolah, Guru Besar / Pengetua wajar menggunakan cara yang paling berkesan untuk menjayakan proses unfreezing ini. Proses unfreezing memerlukan kesediaan ahli-ahli untuk berganjak dari takuk lama, amalan lampau yang kurang produktif dan takut untuk berubah.
2. Changing
Proses changing dilaksanakan setelah langkah 1 di atas telah berhasil. Berpandukan kepada garis panduan amalan dan iklim baru yang hendak diperkenalkan oleh pentadbir, sub-ordinat mulai menggerakkan diri mereka ke arah perubahan tersebut. Dalam proses ini, pentadbir perlu menerangkan dengan jelas perubahan bagaimana yang hendak dilakukan. Sediakan instrument, panduan tindakan, terma, norma dan apa sahaja rujukan yang boleh digunakan oleh sub-ordinat. Proses perubahan ini akan lebih mudah jika sub-ordinat menerima proses perubahan ini secara kolektif. Ikuti 3 langkah perubahan seperti di bawah
3. Freezing
Peringkat freezing membekukan amalan perubahan baru sebagaimana yang diarahkan oleh ketua. Sub-ordinat menjadikan amalan itu sebagai rutin dan darah daging. Kekalkan momentum dan kualiti tindakan. Gunakan garis panduan terma dan norma untuk memperbaiki setiap kesilapan. Pentadbir mulai tonjolkan the best practices untuk dicontohi oleh sub-ordinat lain.
0 comments:
Post a Comment