Wednesday 6 February 2013

Kembara Silaturrahim Di Pedalaman Sabah

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Apabila menjejakkan kaki ke bumi orang lain, terasa diri ini sangat ketinggalan kerana tidak tahu perkembangan yang berlaku di sana-sini. Betullah kata orang, Jauh Perjalanan Luas Pemandangan, Bertambah Pengetahuan. Barangkali itulah sebabnya Rasulullah SAW pernah mengatakan kepada sahabat-sahabat Baginda, "Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke Negeri Cina". Tentu sekali jarak Tanah Arab dengan Negara Cina sangat jauh dan perjalanannya sangat panjang.
 
Dalam perjalanan untuk membina silaturrahim, saya berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sebuah perkampungan terpencil di antara Daerah Ranau dengan Kota Marudu. Masyarakat yang didominasi oleh bangsa Dusun Sungai di tempat ini sangat mesra dan melayan tetamu dengan baik sekali.
 
Selama 2 hari berada di sini, saya sempat melihat dan mengikuti sebahagian daripada aktiviti hari itu iaitu Kursus Keluarga Bahagia yang sertai oleh ibu bapa serta anak-anak mereka secara berasingan. Lebih mengejutkan lagi ialah kaedah kursus yang dijalankan oleh Sizwazah Muda ABIM, mempertemukan anak-anak dengan ibubapa mereka pada akhir kursus dengan linangan air mata selepas menjalani "kuarantin dan rawatan" justeru menyedari peranan besar serta tanggungjawab mereka masing-masing sebagai ibu, bapa dan anak-anak. Perjalanan ini sangat bermakna dan memberikan seribu kenangan serta pedoman untuk menjadi seorang insan yang lebih memahami orang lain.