ABOUT ME

Tentang Saya!



Saya minat dalam bidang Pendidikan, Kajian dan Penyelidikan, Penghasilan Bahan Inovasi, Pelancongan, Pertanian dan perladangan, Sastera, Pengurusan Perpustakaan, Teknologi Maklumat, Web Based Learning, Pengajian Agama Islam. Aktif dalam pelbagai persatuan…dan mahu mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah...

Kerjaya : Bidang Teknologi

Penglibatan Dalam Kerjaya : Jurulatih Kajian Tindakan BTP KL, Ahli Pasukan Kajian Tindakan Sabah, Fasalitator Kebangsaan Web Based Learning Zoom-A, Education Blogger

Persatuan/Pertubuhan Sosial : Presiden Kelab IT PGM Sabah, , Ahli LP Rumah Anak Yatim Ranau, Setiausaha Kehormat Yayasan Bakti Ranau, Pengerusi Koperasi Usahawan Kinabalu Berhad (KUKB), Penasihat Teknikal Bebas Penanaman Kopi Kinabalu.

Penglibatan Dalam Pertubuhan Agama : Timbalan Yang DiPertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kinabalu, Naib Setiausaha Badan Dakwah Ranau, ALP Maahad Tahfiz dan Perlindungan Anak Yatim Kinabalu, Setiausaha Masjid Ar-Rahman Pekan Ranau, Fasilitator Pembangunan Jati Diri Belia Ranau dan Penasihat Persatuan Pelajar-pelajar Islam Ranau (PPIR).

Pandangan Tentang KOLABORASI ILMU.. laman ini..

KOLABORASI ILMU..sama juga maknanya dengan perkongsian ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang. Ilmuan..bukan semestinya setelah mendapat kelulusan di menara gading. Bahkan, ramai tokoh dalam pelbagai bidang yang memperolehi kepakaran hasil daripada pengalaman mereka sendiri. Abad ke 21 menurut futuris dan para sarjana ditandai dengan abad ‘keilmuan’. Ilmu menunjangi gelombang ketiga sepertimana menurut Peter F.Drucker, Kenivhi Ohmae, John Naisbaitt dan ramai lagi. Gelombang ketiga menampakkan pergantungan yang semakin bertambah kepada individu pintar dalam keilmuan dan pekerjaan. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengilhamkan satu persidangan keilmuan korperat di antara negara dunia ketiga di Langkawi International Dialog pada tahun 1995. Paling tidak, dengan wujudkan kolaborasi ilmu seperti ini, akan dapat mempertingkatkan penghayatan dan penggunaan ilmu teknologi maklumat di antara negara-negara yang terlibat. Dalam blog ini, saya menerbitkan berbagai bahan dan boleh dibincangkan secara kolektif dalam pelbagai bidang ilmu yang mungkin kita terlibat secara langsung seperti pembentangan kertas kerja, kajian semasa, pembacaan, kiriman, bahan kursus dan sebagainya yang sesuai dibincangkan bersama. Bukan sahaja kepada pelajar, bahkan semua lapisan masyarakat boleh membincang banyak aspek ilmu yang bermanafaat. Mengikut ramalan, ilmu formal yang diperolehi seseorang hanya akan bertahan selama 10 tahun sahaja sebelum ia dianggap tidak sesuai lagi. Automasi dan rasionalisasi banyak melupuskan kemahiran dan pengkhususan sehingga timbul pandangan bahawa ilmu perlu diperbaharui dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.


Penafian: Webmaster tidak bertanggungjawab di atas kerugian, kemalangan atau kemudaratan kerana menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam blog ini. Terima kasih

Selamat membaca!

0 comments: