Mungkin hari ini
seorang pemimpin baru berhadapan dengan satu situasi yang kurang kondusif di
sekolah. Lebih-lebih lagi jika 'boss' baru ini masih NOVIS dan kurang berpengalaman
dalam bertindak untuk menangani pelbagai situasi dan isu.
Pengurusan
perubahan seperti yang dicadangkan oleh ramai sarjana memfokuskan kepada
penambahbaikan amalan dan iklim sesebuah organisasi. Salah satunya ialah Kurt
Lewin. Beliau telah mencadangkan 3 langkah pengurusan perubahan yang boleh
dipraktikkan melalui kaedah Unfreezing, Changing And Freezing
Perkembangan bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) di seluruh dunia telah memberikan kesan langsung
kepada Malaysia. Pihak kerajaan telah mengambil langkah positif dengan
menjadikan ICT sebagai prasarana penting dalam sistem pentadbiran negara. Di
antara sektor yang mendapat manafaat dari projek ICT ialah sektor pelajaran
yang melibatkan seluruh organisasi KPM sehingga ke sekolah-sekolah seluruh
Malaysia yang terdiri daripada 9996 buah.
Gambar Pelajar Bersarapan...(Rujukan : Utusan Malaysia, 12/11/12)
Saya tertarik kepada satu artikel yang ditulis dalam Arkib Pendidikan Utusan Malaysia pada 12/11/2012. Kita melihat satu kebiasaan yang tidak disedari
membawa kesan negatif kepada para pelajar khususnya mereka yang bersekolah
sidang pagi iaitu tidak mengambil sarapan sebelum pergi ke sekolah.
Akhbar ini menyatakan akibat
tiada pengambilan diet makanan seimbang pada waktu pagi, murid sekolah terdedah
kepada masalah kekurangan nutrien yang penting dalam badan sekali gus
menjejaskan tumpuan serta pembelajaran mereka di sekolah. Malah lebih buruk
lagi, kekurangan nutrisi dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang
dipanggil kebuluran tersembunyi atau hidden hunger. Kebuluran
tersembunyi merupakan masalah kekurangan nutrisi atau zat yang tidak dapat
dilihat seperti kekurangan vitamin D dan kalsium yang diperlukan tubuh manusia.
Pembangunan
Sistem Maklumat Untuk Bidang Pendidikan Mengalami Pelbagai Masalah dan Cabaran.
Bincangkan.
(Oleh : Kolaborasi Ilmu)
1.0Pendahuluan
Aplikasi sistem data sudah tidak asing lagi dalam
pentadbiran dan pengurusan organisasi termasuk institusi pendidikan. Ini
selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk meningkatkan kualiti penyampaian
perkhidmatan awam. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri YAB
Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak menekankan aspek kualiti penyampaian bagi
mengangkat martabat negara ke tahap kelas dunia dalam segala aspek terutamanya
pentadbiran awam. Beberapa inisiatif dilaksanakan untuk mencapai tujuan
tersebut yang diterjemahkan ke dalam gagasan kerajaan elektronik. Inti pati
kepada kerajaan elektronik ialah penyampaian dan perkongsian data secara
elektronik supaya keputusan dapat diambil dengan tepat dan pantas.
Semoga guru-guruku dilimpahkan rahmat oleh Allah SWT. Allah mengutuskan guru-guru untuk mendidik dan membimbing diriku sehingga berjaya. Sejak di bangku sekolah rendah, menengah, kolej dan university.. masih teringat nama-nama mereka yang pernah berjasa kepada ku... antaranya aku sebutkan di sini: (SK Kundasang) Cikgu Majimin Samudin, Cikgu Helen, Cikgu Sain Gahali, Cikgu Saili Masri, Cikgu Maradan,Cikgu Jasli Hj Suratman, Cikgu Sallin Zakaria, Cikga Zakin Zakaria, Cikgu Buhaseh Sakunir, Cikgu Jainuddin Nasir, Cikgu Jaafar (Allahyarham), Cikgu Abd Hamid, Ust Mohd Yaakob, (SMK Mat Salleh) Cikg Mahadi Taip, Ust Romzi, Ust Ramadzan, Cikgu Ismail Abdullah, Ust Mohamad Abdullah, Cikgu Ishak, Cikgu Jamaludin Ali, Cikgu Rujinah Miki, Cikgu Mistrine Radin, Ust Yakub Yusuf, Ust Rahimee, Cikgu Normahani Abdullah, Cikgu Noorita Dani, Cikgu Noraini, Cikgu Norainah Dani, Cikgu Rasmin Saidin, Cikgu Nasir, Cikgu Rosmah Amin, , Cikgu Thangavelu, Ust Abd Rahman Hj Halim, Cikgu Mohd. Zaki, Cikgu Abd Rahman Ali, Cikgu Abdullah Sani, Cikgu Saumin Hj Daud, Cikgu Andau Sanan, Cikgu Mahanin Othman, Cikgu Hj Moin Ahmad, Cikgu Suhilin Hadi, Cikgu Hj Mohd Tawil Sakir, Ustzh Rusmada Abd. Rahim, Cikgu Lamri Dikun, Cikgu Idris Mat Piah, Cikgu Kenneth Tan, Cikgu Sharif Intang, Cikgu Khair, Mr. Tan Ah Poh. (Maktab Perguruan Ipoh Perak) Mr. Ramakrishnan, Tuan Tajuddin, Tuan Mohd Alwi, Mr T.K Peter, Ms Siah, Mr. Lim, Tuan Saiful, (UMS) Prof Madya Dr Baharom, Prof. Dr Zulkiflee, Prof. Madya Dr. Md yusof, Prof. Madya Dr Cristina, Dr. Khairuddin, Dr. Shukri, Dr. Khalid, Dr. Mohd Suhaimi, Ms Crispina, Mdm Rosaizah, Dr Aru, Mr Safarullah, Mr Jamsari, Ms Margerat, Mdm Jane, Ms Adeline, Dr. Zaki, Dr. C.K.Tan, Dr. Rosy, Mdm Sabariah, Mdm Aziah,... dan ramai lagi yang tidak tersebut di sini. Aku cuba mengingati semua insan yang pernah mendidik ku...
Sesungguhnya mereka itu orang yang berjasa kepada ku. Semoga diberikan taufik dan hidayah serta dirahmati Allah SWT selalu. Diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan murah rezeki. Guru-guruku yang telah pergi ke rahmatullah, semoga dicucuri rahmat ke atas roh mereka. Amin..
Pendidikan
merupakan nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun sesuatu bangsa. Maju
mundurnya sesebuah negara berkaitrapat dengan sistem pendidikan yang diterima
oleh rakyatnya. Di negara kita, banyak perubahan dan pendekatan baru telah
diterapkan dalam sistem pendidikan selaras dengan aspirasi negara ke arah
negara maju. Bermula dengan kewujudan secara bertulis Falsafah Pendidikan
Negara (FPN),ia diikuti pula dengan
wawasan 2020 yang akan mencitrakan masyarakat Malaysia yang maju pada tahun
2020. Kemudian tampil pula agenda pengisian yang mengemukakan cabaran-cabaran
kepada para guru, Sekolah Bestari dan Koridor Raya Multimedia.
Pandangan Ybhg. Profesor Dr Ismail Jusoh mengenai isu kualiti pendidikan di negara ini dan kaitannya dengan produk (modal insan) yang berkualiti.
Apa definisi pendidikan?
Pendidikan bukanlah semata-mata memenuhi otak anak didik dengan segala macam ilmu, konsep atau fakta yang belum mereka ketahui, tetapi maksudnya ialah mendidik akhlak dan jiwa mereka, menanamkan rasa kebaikan virtues (kehidupan), membiasakan mereka dengan kesopanan yang tinggi, mempersiapkan mereka untuk suatu kehidupan yang suci seluruhnya, ikhlas dan jujur. Seterusnya, pendidikan yang hakiki dapat memberi panduan kepada setiap anak didik menjawab persoalan dari mana kita datang? Apa tujuan kita didatangkan ke dunia ini? Ke mana kita akan pergi selepas di dunia ini?
Sekali lagi ku katakan aku menulis bukan kerana nama. Kerana sifat kasih..pada pena dan kalam. aku ingin menulis dan terus menulis hingga pena ku rosak atau jari jemari ku telah terhenti...
Mendapatkan Uang Pada FB Pro
-
Akhir-akhir ini banyak pengguna Facebook mengubah Profil Facebook
pribadinya menjadi akun Facebook Profesional (FB Pro) untuk menjadi seorang
konten kreato...
Tajuk 1824 - Kisah saya di BLOG MENDELEY
-
Saya dan Mendeley tak dapat dipisahkan sejak mengunakan versi beta pada
2009 dan menjadi orang pertama memperkenalkannya dalam dunia PG keseluruh
negara. M...