Saturday 17 November 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1434H

hijrah 1434H"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH" - adalah tema sambutan Maal Hijrah Tahun 1434 H / 2012_2013M. Perasmian sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada hari kelmarin. Seramai lebih kurang 4500 peserta dari 143 kontinjen telah menyertai majlis ini yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


“PENDEKATAN WASATIYYAH adalah berlandaskan ajaran sebenar Islam dalam setiap perkara yang dilakukan dan berjaya membawa kesan positif kepada negara. Gerakan Kesederhanaan Sejagat akan menyelamatkan kita daripada tenggelam kepada kehancuran, terus berputus asa dan kehinaan. Sudah tiba masanya bagi kita mengamalkan kepemimpinan yang membawa harapan dan mengembalikan maruah serta martabat untuk semua. Kita mesti kembali kepada perkara pokok dan moral tinggi yang dirampas daripada kita. Kita mesti memilih kesederhanaan berbanding ekstremis, memilih rundingan berbanding konfrantasi. Kita perlu memilih untuk bekerjasama dan bukan menentang sesama kita. Ia perlu menjadi keutamaan dan bukan hanya diletakkan di sisi kita. Ini merupakan satu contoh jelas boleh dicapai apabila kesederhanaan dalam setiap kepercayaan bagi mengatasi ekstremis ini yang mahu merampas nilai sejagat dalam agama kita. Keseimbangan ini mendorong kepada kesederhanaan atau wasatiyyah mengikut tradisi Islam demi keamanan dan keadilan.”- Perdana Menteri, DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK (rujukan : http://www.wasatiyyah.my)

Wasatiyyah mengambil pendekatan sederhana, bertoleransi, bertolak ansur serta saling faham-memahami sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Ini jelas termaktub dalam Piagam Madinah yang telah ditandatangani di antara Baginda Rasulullah SAW dengan masyarakat bukan Islam Quraisy Mekah. Piagam Madinah mempertahankan kebebasan beragama, menjamin keselamatan, menghormati budaya orang lain serta melindungi hak golongan minoriti. Wasatiyyah membentuk masyarakat islam yang harmoni dan selamat, melahirkan pencinta kebenaran, bertakwa dan mempunyai keimanan yang kukuh kepada Allah SWT. Mereka menjadikan ajaran agama sebagai landasan hidup di dunia dan menjauhi perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri serta ditegah oleh agama.

0 comments: