Saya telah membaca beberapa artikel seperti Azizie.com, Motivation menurut Wikipedia, Dr. Smith William dn beberapa sarjana lain. Terdapat banyak pendapat mereka tentang cara-cara meningkatkan motivasi. Saya tulis di sini analisis yang mudah untuk panduan bersama.
Bagaimana meningkatkan motivasi diri?
1. Tahu arah tujuan kerja yang dilaksanakan mengikut kepercayaan dan keyakinan kita pada masa hadapan. Melakukan kerja atau tugas kerana faktor instrinsik dan ekstrinsik. Contoh beribadah kerana Allah dengan ikhlas kerana mengharapkan keredhaanNya dan sedar itu adalah tanggungjawab sebagai hamba. Kita yakin bahawa apa yang kita lakukan akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat nanti
2. Bagi seorang pelajar atau pekerja. Tetapkan matlamat untuk menjadi seorang yang cemerlang. Cemerlang dalam pelajaran dan pekerjaan.
3. Bergaul dan bersama-sama dengan orang yang sentiasa bermotivasi, rajin dan cinta kepada kecemerlangan. Jangan bersama-sama dengan orang yang lemah semangat, malas dan tidak menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang yang cemerlang.
4. Lakukan kerja tepat pada waktunya. Jangan suka bertangguh
5. Membaca buku-buku atau artikel-artikel yang dapat meningkatkan ilmu dan semangat seperti kata-kata motivasi yang disampaikan oleh orang-orang terdahulu
6. Banyakkan menulis dan mengarang. Proses penulisan memerlukan ketelitian dan iltizam yang tinggi. Hanya orang-orang yang tinggi iltizam sentiasa bersemangat.
7. Kongsikan pengalaman indah kita dengan orang lain. Bercakap sesuatu yang baik dengan ilmu dan pengalaman akan menjadikan kita seorang yang bermotivasi.
8. Jangan mudah putus asa. Kegagalan pertama bukan bererti akan gagal untuk selama-lamanya.
9. Jangan terlalu lama menonton televisyen kerana ia menyebabkan kehilangan daya fikir dan kelesuan. Kelesuan menyebabkan mengantuk.
10. Jangan terlalu banyak tidur kerana tidur berlebihan juga menyebabkan kelesuan dan memendekkan masa bekerja yang berkesan.
11. Mencontohi kejayaan orang lain yang berada di samping anda. Contohnya guru-guru dan pensyarah anda.
12. Pilih aktiviti sampingan yang berfaedah dan diminati. Ianya boleh memberikan keseronokan. Keseronokan boleh membangkitkan motivasi untuk melaksanakan kerja-kerja yang lain.
0 comments:
Post a Comment