Sunday 18 November 2012

Motivasi Tolak dan Tarik

Apakah yang dimaksudkan dengan Motivasi Tolak dan Tarik? 
Sebenarnya ia juga merupakan sebahagian daripada motivasi instrinsik dan ekstrinsik tetapi lebih sesuai digunakan dalam konteks situasi menang-menang (win-win situation). Model ini biasanya digunakan dalam konteks pelancongan,
  • Faktor tarikan menggambarkan pilihan destinasi pelancong, mendorong pelancong untuk melawat lokasi tertentu kerana keindahan landskap, budaya, imej atau iklim destinasi.

  • Faktor menolak menentukan keinginan seseorang untuk pergi bercuti, perlukan masa untuk bersantai atau menjauhkan diri dari kesibukan kota, tekanan kerja dan faktor tarikan seterusnya

Model ini boleh diaplikasikan kepada seseorang yang mencari pekerjaan. Satu syarikat yang sedang beroperasi memerlukan pekerja untuk menjalankan operasi syarikatnya. Syarikat tersebut menawarkan pekerjaan kepada penganggur. Penganggur pula memerukan pekerjaan untuk mendapatkan gaji untuk menyara kehidupannya.

0 comments: