Selalu kita dengar dua jenis motivasi ini. Intrinsik dan ekstrinsik. Apakah maksudnya? Saya cuba jelaskan satu persatu..
Motivasi intrinsik
Motivasi intrinsik
Motivasi intrinsik merujuk kepada motivasi yang didorong oleh kepentingan atau keseronokan dalam tugas sendiri, dan wujud dalam individu dan bukannya bergantung pada sebarang tekanan luar.
Motivasi intrinsik berdasarkan kepada kepuasan diri sendiri, keseronokan dalam melaksanakan aktiviti dan bukannya berusaha ke arah ganjaran luaran.
Motivasi intrinsik telah dikaji sejak awal 1970-an. Pelajar yang bermotivasi intrinsik adalah lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam tugas sukarela seperti menolong orang lain yang berada dalam kesusahan, serta bekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka dan meningkatkan keupayaan mereka.
Pelajar mungkin intrinsik jika mereka:
- menyifatkan keputusan pendidikan mereka kepada faktor-faktor di bawah kawalan mereka sendiri, juga dikenali sebagai autonomi, Contohnya jika pelajar tidak belajar akan gagal. Kalau rajin belajar boleh lulus.
- mereka percaya bahawa kemahiran membolehkan mereka untuk menjadi agen perubahan yang berkesan untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Bukan berserah kepada nasib semata-mata
- berminat dan dapat menguasai topik yang dipelajari, bukannya hanya hafalan pembelajaran untuk mencapai gred yang baik.
Motivasi ekstrinsik
Motivasi ekstrinsik pula merujuk
kepada prestasi aktiviti dalam usaha untuk mencapai hasil, ditentukan oleh kuasa luar. Biasanya motivasi ekstrinsik bercanggah dengan motivasi intrinsik.
Sebagai contohnya:
- Intrinsik - pelajar menjadi rajin belajar kerana kesedaran dalaman.
- Ekstrinsik - pelajar yang cuba belajar kerana dimarahi ibubapa.
Biasanya motivasi
ekstrinsik adalah datang kerana ganjaran seperti wang dan gred atau ancaman hukuman.
Pertandingan juga menggalakkan motivasi ekstrinsik merana ia
mengarahkan pelaku untuk menang dan mengalahkan orang lain. Sorakan, pujian dan kata-kata semangat dari orang lain adalah faktor pendorong yang kuat untuk meningkatkan motivasi ekstrinsik. Motivasi ekstrinsik sesuai diterapkan dalam kalangan kanak-kanak yang belum mampu membuat perbandingan kesan baik dan buruk sesuatu perlakuan atau tindakan.
Sesuatu yang kita perlu tahu bahawa motivasi ekstrinsik boleh mengurangkan motivasi intrinsik dan begitu juga sebaiknya. Oleh itu, ini akan menjadi panduan kepada seseorang untuk membentukkan motivasi yang boleh mendatangkan lebih banyak faedah kepada diri sendiri.
(penghargaan kepada http://www.youtube.com/watch?v=FA9-22XZaJk)
5 comments:
Terima kasih. Informasi anda sangat berguna untuk sy.Semoga anda diberi keberkatan oleh Tuhan 😊
boleh saya tau nama cik? saya perlukannya untuk kreditkan dalam essay saya
Saya mohon salin ya
saya sangat bermintat dengan tajuk ini mohon izin saya kongsikan info ini terima kasih
Terima kasih atas maklumat yang diberikan
Post a Comment